NUMBO PLATES · SELLER GUIDE

Nak edit listing? Senang je.

Nak tukar gambar kereta, harga atau urus nombor plat? Ikut panduan bergambar ni. Tak perlu pening cari menu.

ABC 1234
Panduan Seller

Urus listing dan gambar dengan mudah, terus dari telefon.

LANGKAH DEMI LANGKAH

Cara edit gambar kereta & listing

Baru nak buat listing? Anda boleh terus upload gambar dalam borang sebelum tekan Siarkan Nombor. Panduan di bawah pula untuk edit gambar selepas listing dibuat.

Contoh di bawah menggunakan nombor ilustrasi ABC 1234. Susunan butang mungkin sedikit berbeza mengikut jenis atau status listing anda.

  1. LANGKAH 01

    Login akaun Numbo

    Buka Numbo dan tekan Login. Gunakan Facebook atau link login yang dihantar ke email anda.

    Dah login? Terus ke Seller Centre.

    Buka halaman login
    Screenshot sebenar halaman login Numbo dengan pilihan Facebook dan email
    Screenshot halaman login Numbo.
  2. LANGKAH 02

    Masuk Nombor Saya

    Dalam Seller Centre, pilih menu Nombor Saya. Cari nombor plat yang nak diubah.

    Tekan butang Urus Listing pada nombor tersebut.

    Pergi ke Nombor Saya
    Contoh paparan Nombor Saya, listing ABC 1234 dan butang Urus Listing yang ditanda lime
    Contoh paparan — pilih Urus Listing.
  3. LANGKAH 03

    Buka bahagian Gambar Iklan

    Dalam halaman Butiran Nombor, cari bahagian Gambar Iklan · Tambah Gambar Sendiri (Pilihan).

    Tekan bahagian itu untuk buka pilihan upload gambar.

    Tak nampak bahagian ini? Pastikan listing tersebut memang berada dalam akaun anda.
    Contoh halaman Butiran Nombor dengan bahagian Gambar Iklan ditanda
    Contoh paparan — tekan Gambar Iklan.
  4. LANGKAH 04

    Pilih gambar & simpan

    Tekan Pilih Gambar, pilih gambar kereta daripada telefon, kemudian tekan Simpan gambar.

    • Format: JPG, PNG atau WebP
    • Saiz maksimum: 5 MB
    • Gambar sendiri akan menjadi gambar utama listing.
    Selepas berjaya disimpan, buka semula halaman listing untuk semak gambar baharu.
    Contoh borang gambar utama listing dengan medan pilih gambar dan butang Simpan gambar
    Contoh paparan — upload dan simpan gambar.
  5. TAMBAHAN

    Nak tukar harga pula?

    Dalam halaman Urus Listing, pergi ke Tindakan tersedia. Jika pilihan harga tersedia, masukkan harga baharu dan simpan.

    Butang atau tindakan yang ada bergantung pada status listing.

    Contoh paparan Tindakan tersedia dan medan Harga baru MYR
    Contoh paparan — ubah harga jika tersedia.
LISTING TAK JUMPA?

Dah login, tapi nombor tak muncul?

Jangan buat listing kedua dulu. Ini boleh berlaku apabila iklan dimasukkan oleh team Numbo atau akaun lain. Login sahaja tidak automatik memberikan hak edit pada listing tersebut.

1. Salin link listing

Contohnya, link halaman nombor plat yang anda pernah kongsi.

2. Hubungi team Numbo

Berikan link listing dan email atau identiti akaun login. Team akan semak hak pengurusan sebelum membantu.

PERLU BANTUAN ADMIN

Kalau nombor plat yang dipaparkan salah?

Untuk listing yang sudah published, nombor pendaftaran tidak boleh ditukar sesuka hati melalui borang biasa. Hubungi team Numbo dengan link listing dan nombor yang betul supaya kami boleh semak. Jangan cipta listing duplicate.

Soalan biasa

Boleh tukar gambar kereta banyak kali?

Anda boleh kemas kini gambar utama listing yang anda berhak urus. Pastikan gambar tersebut milik anda atau anda mempunyai kebenaran menggunakannya.

Kenapa saya tak nampak butang Edit?

Tindakan yang dipaparkan bergantung pada status listing dan hak akaun. Untuk nombor atau maklumat yang tidak boleh diubah, hubungi team Numbo.

Perlu bagi password atau OTP kepada team Numbo?

Tak perlu. Jangan kongsi password atau OTP dengan sesiapa. Team hanya perlukan maklumat listing dan akaun yang mencukupi untuk menyemak akses.

Siap. Jom urus listing anda.

Jika masih ada masalah, hantarkan link listing kepada team Numbo untuk semakan.

Ke Seller Centre